Wednesday, January 25, 2012

Roti Jala

Assalamualikum. Hye semua!


Apa khabar? Hope baik2 sahaja. Hari tu kat facebook ada kakak yang duduk sini post gambar roti jala. Pergh2. Memang mengundang aku untuk buat ni. Nasib baik summer hari tu masa balik Malaysia ada bawa benda yang untuk buat roti jala tu. Dah tau dah nanti mesti kempunan jugak. So tadi after balik dari lab, call ibu sebab nak tanya resepi roti jala. Masa tu kat malaysia baru pukul 7 lebih. Kesian ibu nak melayan kerenah anak dy ni. Hehe. 


Resepi ibu memang sedap. Roti jala nya lembut sangat. Recommended!


Ingredient: (15 keping roti jala guna pan sederhana)


2/3 cup tepung gandum
1 sudu susu tepung (Resepi ibu guna susu cair dalam 1/3 cup. Tapi ibu cakap susu tepung pun okay. Kene hati2 jangan sampai terlebih susu sebab nanti tak jadi.)
Garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Setitik pewarna kuning
Air


1. Gaulkan semua bahan2 dalam mangkuk. Kepekatan tepung tu macam nak buat lempeng atau cair macam milk shake. Tak perlu terlalu sebati sebab lepas ni nak masuk dalam blender.
2. Masukkan dalam blender. Blend sampai ketulan tepung semua dah tiada.
3. Uji kepekatan campuran tadi dengan memasukkannya kedalam penjala (Benda yang untuk jala roti jala tu).
Sekiranya campuran susah nak keluar, tambahkan air lagi dan kacau sebati. Kemudian uji semula. Ulang langkah ni sampai la campuran keluar dengan lancar.
4. Panaskan pan dengan api sederhana. Sapukan sedikit minyak (sikit je sebab tak nak roti jala jadi berminyak), kemudian jalakan campuran tadi.
5. Mulakan dengan membuat pusingan dari besar ke kecil. Kemudian ikut lah kreativiti anda. Tepung tu ada banyak, boleh je nak buat lagi sampai la jadi bentuk roti jala sebenar. Hehe.
6. Bila semua tepung dah masak (tiada lagi tepung mentah dibahagian atas, dan tepi2 roti jala sedikit melenting kedalam), boleh la lipat empat guna spatula. Kalau nak gulung2, angkat dulu letak atas pinggan. Takut melecur pulak terkena pan panas tu.






Boleh la dimakan bersama apa2 kari yang anda suka. Memang sedap!


Okay la it's time to do homework. Kita ni masak masak jugak, blaja blaja jugak ye. Pergh2, cakap macam mak orang kan? haha. Saja je gurau2 macam ni nak hilangkan ngantuk. Ngantuk dah ni. Ni mesti banyak makan roti jala ni.


Okay la, selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

Tuesday, January 24, 2012

Ayam Masak Merah Bujang

Assalamualaikum. Hye!


Okay lama gila tak update even though tak la busy sangat. Hehe. Just malas je nak menulis. Lately ni macam tak bnyak idea nak menulis. Tak de inspirasi. Siapa nak jadi inspirasi saya? Hehe. 


Okay so ayam masak merah simple ni memang simple je. Main masuk je pape jela yang mcm berkenaa, Dulu ibu ada ajar tapi dah lupa. So masak jela. Tapi not bad jugak. Hari tu makan dengan nasi tomato versi Hafizah memang sedap. Tapi masa tu masak telur masak merah, ganti ayam. Nasi tomato Hafizah pun lain dr yang lain. Tak de tumis2 rempah taw. Sedap2.


Ingredients:


>Ayam semangkuk sederhana di potong kecil
>Serbuk kunyit
>4 sekawan -1 batang kulit kayu manis (cinnamon), 1 bunga lawang (star anise), 1 buah pelaga (cardamom), cengkih. P/s: Aku tak masukkan cengkih sebab ibu cakap cengkih tu kalau nak masak apa je ntah la lupa. 
>Jintan dan ketumbar 3-4 cubit (Apa2 jintan pun boleh) (Cumin and coriander seeds)
>2 sudu kecil serbuk cili (Kalau guna cili boh/cili paste, masukkan agak2 dengan kuantiti ayam)
>3-4 garlic - Hiris halus
>2 shallot (Kalau guna bawang merah yang besar tu, guna 1/3) - Hiris halus
>1cm tebal halia - Hiris halus
>1.5 sudu sos tomato/ketchup




1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sampai hampir masak. Jangan sampai kering taw. Nanti tak sedap sebab tak lembap.
2. Dalam kuali atau periuk sederhana, panaskan minyak. Dengan api sederhana, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan dan ketumbar. Dalam 30 saat tumis, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Boleh la kalau nak buat api sederhana-besar.
3. Bila bawang dah layu dan naik bau (bau dia memang sedap), perlahankan api dan kemudian masukkan serbuk cili. Tumis sampai serbuk cili garing (about 30 saat ke 1 minit). Kemudian masukkan sedikit air.
4. Tumis lagi sampai la pecah minyak. Agak2 dalam 10 minit ke 15 minit dengan api sederhana.
5. Bila minyak dah pecah, masukkan sos tomato. Kalau rasa tak cukup, masukkan sikit lagi. Masukkan garam gula.
6. Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika dalam api sederhana-perlahan supaya bahan2 semuanya mesra.




Oh aku letak tomato. Sebab masa tu ada tomato, so letak jela. 





Tu nasi tomato Hafizah. Combination ni memang sangat di recommend okay.


Okay la, selamat mencuba! Nak makan brownies. Baru je keluar oven. Hehe.


AmeeraFatin=)

Monday, January 9, 2012

Mashed Potatoes w/ Gravy

Hyeeeeee!!! Assalamualaikum.


Lamanya tak update pape. Macam Ameera Fatin ni dah hilang pulak kan? Tak hilang. Sebenarnya sekarang ni tengah winter break. So hari tu au pegi Arizona, again. The we went for a foadtrip to Las Vegas and California. Cuaca dia sangat best and sampai aku pun dah hitam dah. Haa. Tapi best la. We tried a lot of good food and travel with nice people, good friends. Aku rasa best la. 


So after dah balik rumah, macam biasa la kene masak2. Lagi pun ada tetamu kat rumah ni. So semalam kitorg masak mashed potatoes. Masak ke? Buat la. Senang je. Main masuk je sume bnda yang availabla kat rumah ni. And sedap taw. 


Ingredients: (3-4 people)


4 Potatoes
1/2 stick butter (1/4 cup butter) - Melted
Salt
Pepper
Spring onion (Daun Bawang) - Chopped
Parsley flakes
Mixed veges
2 eggs
Cream (aku tak de, so guna whipped cream je. Manis sikit, so kene letak a bit more salt)


For gravy:
Water
Corn starch
Chicken Bouillon (Kiub ayam Maggi)
Pepper
Parsley Flakes


1. Didihkan potatoes sampai betul2 lembut.
2. Lenyek kentang guna pelenyek atau garfu je kalau tak de. Bila dah hancur semuanya, masukkan melted butter, cream, garam, pepper, daun bawang, parsley flakes and mixed veges.
3. Dalam pan, buat scramble eggs then masukkan dalam mashed potatoes. Gaul sekali.
4. Dalam periuk kecil, masukkan 1 cup of water, 1 teaspoon cornstarch, 1 kiub chicken bouillon, a bit of pepper and parsley flakes. Api sederhana, kacau campuran tadi sampai la cornstarch memekat. Kalau pekat sangat boleh tambah air. 






Nampak sedap tak? Sedap taw. Try la. Senang je buat dy. Nampak macam ice cream kan? Hehe.


Tadi kitorang masak mee hailam. Hari tu ada cakap dengan Maisara nak masakkan dy mee hailam. Maybe next time kot. Sebab hari tu tak sempat. Maisara ni yang tinggal kat LA. Kitorg duduk rumah dy la hari tu masa jalan2 LA.




Banyak gila sayur, which I like. 


Vacation hari tu best la. Kitorg pergi banyak jugak national forest and national monument. Aku paling suka Yosemite. It was very2 beautiful taw. Maybe sebab aku suka nature kot. Kalau yang suka bandar2 tu, maybe rasa bosan. 



This is me at Yosemite dengan tak pakai kasutnya and sejuk okay. Malas nak pakai kasut sebab masa ni dah naik kereta. Kitorang stop kat tepi jalan sebab ada view yang cantik. So I ran out, asked my friend to take a picture of me, then ran back into the car. Haha. Suka hati aku je kan. But I like this picture. He was a good photographer. =)


Okay la, sampai disini sahaja. Nanti kalau ada masak2 lagi aku update k. Ni ada sikit gambar jalan2. Enjoy!