Sunday, February 27, 2011

Fishcake

Hye! Salam.

Oops. Ada org ckp tak boleh ckp salam je. I don't know. What is wrong with that. It means peace. Tak pela. I stick to what i learned. Anyways. Hari ni masak fishcake! Ari tu aku beli roti burger. Pastu tak tau nak makan dgn ape. Semalam makan dgn peanut butter. Entah pape je kan. Haha. So malam semalam cari la resepi yang macam lain dari yang lain sikit. And pakai ikan. Sebab aku memang malas nak defrost daging or ayam. Even aku boleh je keluarkan dari freezer malam tu. Haha. Tak kesah la. Okay, so aku buat la fishcake ni. It came out okay. Okay jela sbb bila makan dg roti and salad and mayonnaise and ketchup, tak rasa sgt pun. Sebab it meant to be eaten just like that. Lepas tu korang kene pastikan dy betul2 masak la sebab ada orang macam tak ley bau ikan kan. Aku tak kesah. Masuk je. Except ayam and daging, aku boleh bau sikit kalau dah lama. And resepi ni saya dapat from website Jamie Oliver. Saya guna ikan tuna. Resepi ni saya mcm kurang recommend la.

Ingredients:

1 ketul ikan tuna, skinless, boneless. Size macam calculator Texas Instrument la lebih kurang. Kalau tak tau calculator tu, lebih kurang macam... Hmm... 3inchx3inch.

2 biji kentang, kupas dan potong dadu sama size
1 telur
1 sudu tepung
Garam,pepper
Olive oil
Parsley (Saya guna parsley flakes)
Tepung untuk tabur

1. Rebus kentang dalam air yang mendidih. Masukkan garam sikit dalam air tu.
2. Salut ikan dgn olive oil+garam+pepper. Kalau resepi Jamie Oliver, di kukus atas kentang tu. Tapi aku takde, aku masuk je dalam kentang yg tengah direbus tu. Masukkan ikan masa kentang dah separuh masak. Rebus sampai ikan masak and kentang lembut.
3. Toskan air, siat2 ikan jadik kecil, dan lenyek dgn kentang tu. Bagi sejuk sikit sebentar. (Saya letak dalam fridge je. Hehe. Tapi kalau takut fridge rosak, tunggu lah kejap okay.)
4. Masukkan sikit olive oil, pepper dan garam secukup rasa. Masukkan juga parsley, telur dan sesudu tepung. Gaul sampai rata.
5. Tabur tepung atas pinggan dan tangan. Ambil seketul bahan2 tadi, bulatkan dan leperkan atas tapak tgn. Letak tepung sikit biar tak melekat.
6. Buat smpai habis semuanye. Pastu boleh simpan dalam fridge sejam before goreng.
7. Kalau nak simpan lama, lapis setiap fishcake dgn clingfilm. Then masuk fridge.
8. Bila nak masak, letak sikit minyak atas pan, masak sampai garing atau warna keperangan.




Yes I know. Fishcake aku kurang masak. Korang kene masak lebih sikit dari saya punya tu taw. Tapi sedap gak makan dgn burger. I am a bread lover, just so you know.

Ouh gambar atas sekali tu ade buku from Jorge Luis Borges. My reading assignment for last week and this week. Sigh. Tak tau la kenapa kene amek subject ni. I thought majoring in engineering does not require any of english subjects. Malangnya tidak ye. And it always ruin my sweet weekend. =(

Tak kesah la. Saya try untuk faham ini buku. Macam buku yang lepas, "Thus Spoke Zarathustra", bila dah faham baru aku rasa mcm ada yang betul gak apa dy ckp. And I was thinking to finish the other 2 parts yang cikgu tak suruh baca.We'll see how it goes.

Okay la. Nak proceed dengan kehidupan. Selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Sunday, February 20, 2011

Mee Kung Fu // Mee Ladna

Hye! Salam.

Akhirnya aku upload pun gambar masuk laptop. Malas sgt la skrg ni. Banyak keje yang perlu diselesaikan termasuklah membuang masa tanpa membuat apa2. Ouh2, 3 bulan lagi aku akan balik ke negara yg tercinta, iaitu Malaysia. Tak sabarnye. Aku dah ada list food yang nak dimakan kat rumah nnti taw. The latest one is cempedak goreng. Weyhhh!! Terbaik seyh cempedak goreng.

Anyways, resepi hari ni ialah mee kung fu. Apa beza mee kung fu dan mee ladna? Mee ladna guna mee biasa je. Tapi mee kung fu, mee dy salut dgn telur dan goreng macam maggi telur tu. Kuah deorg sama je. Resepi ni dapat from my resepi, resepi Hanis. Ape perbezaan resepi hanis dgn aku? Mee telur dy mcm maggi telur. Tapi aku? Hancur telur sume. Haha. Tak pela. Tetap sedap sebab rasa telur dekat mee tu. And mcm biasa, aku guna spaghetti. So korg kene rebus smpai lembut dulu kalau nak guna. And korg boleh guna kuey teow mcm resepi asal.

Ingredients: (1/2 periuk sederhana kuah)

1 bowl sederhana spaghetti yang dah lembut (Untuk sorg makan)
1 biji telur
Garam, pepper

3 ulas garlic - cincang
4 sudu sos tiram
1 1/2 sudu tepung jagung (corn starch) - larutkan dalam secawan air. Kalau tak de, guna tepung biasa 2 sudu.
1 mangkuk kecil ayam (optional)
Segenggam udang (optional)
3 batang carrot (optional)- potong bulat2
1 biji kentang (optional) - potong dadu besar
Kobis (optional) - potong panjang2 atau suka hati
Cube perasa ayam (optional)
Sayuran kegemaran anda
Garam, pepper

1. Tumis bawang putih smpai naik bau. Masukkan sos tiram. After 15 saat, masukkan air tepung jagung. Tambah air smpai separuh periuk atau sampai tahap yang anda suka.
2. Masukkan ayam dan kentang dan apa2 sayur yang lambat masak.
3. Bila ayam dah masak dan sayur separuh lembut, masukkan semua bahan kedalam.
4. perasakan dengan garam, pepper dan cube ayam. Bila mendidih dan sayur dan udang dah masak, tutup api.

5. Pecahkan telur dalam gelas. Masukkan sedikit garam dan pepper, pukul guna sudu.
6. Masukkan spaghetti yang dah lembut tadi. Gaul2.
7. Dalam pan yang dah disapu minyak dan panas, masukkan campuran telur dan mee tadi. Goreng sampai masak macam masak telur dadar.
8. Bila dah masak, angkat letak atas pinggan. Tuang dgn kuah tadi. Makan panas2 sedap.



Sedap taw sbb mee dy salut telur. Hehe. Kalau nak buat hancur mcm aku ni, goreng garing sikit. Baru sedap.

Selain tu, aku juga bake brownies kegemaran aku last week. Dan juga aku masak kuey teow+pasta goreng mamak. How was that? Haha. Malaysianize everything. So what.




Nampak tak ade lubang tu? Hehe. Kene korek pakai garfu sbb tak sabar nak tggu sejuk. Sedap2. Sume org yang suka brownies wajib try ni.

Okay la, nak buat keje. Ade 2 midterm and 1 english paper due next week. Bak kata syasya, mcm nak koyak2 otak. Haha.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Friday, February 11, 2011

Brownies (The Best So Far, For Me)


Hye, salam!

Okay, kalau korang nak tau aku suka brownies. Selalu sangat dah experiment dengan resepi2 brownies ni. Semua resepi cakap sedap, tapi bila buat, tak berapa nak kene dengan citarasa aku. Aku suka fudgy brownies yang kat atas dy tu mcm keras. Perghkhh... Tiba2 rasa terliur pulak kan. Tak pe. Nanti sure buat lagi. Resepi ni memang the best so far. Aku macam menikmati brownies macam ape entah. Memang sedap seyh! Haha. Excited plak. Once again, resepi ni from website Jamie Oliver:Blooming Brilliant Brownies. Resepi dy untuk brownies yang besar, aku just halves kan je sebab kalau aku buat brownies besar, badan dan muka saya pun mungkin bertukar menjadi brownies. Sekarang ni mcm dah ala-ala brownies gak la. Heh. And one more thing, aku guna American measurement, Jamie Oliver guna weight. So korang kalau nak guna weight, boleh refer to his website sebab aku tiru sebijik, just separuhkan je. Ouh and aku tak letak baking powder.

Ingredient:

5/8 cup butter
3 oz chocolate (Macam 12 petak Cadbury bar size besar) - Hiris halus2.
1/3 cup coco powder (I used Hershey's Dark Chocolate, Dutch-processed)
1/3 cup multi purpose flour
1 1/2 cup powdered sugar
2 eggs

1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Masukkan chocolate bar and butter dalam microwavable bowl. Masuk microwave for 10 seconds. Then gaul2 sampai semua chocolate cair. Atau boleh guna double boiler.
3. Masukkan semua bahan yang lain kecuali telur dalam mangkuk chocolate cair tadi.
4. Pukul telur dalam mangkuk yang lain, the masukkan dalam mixture.
5. Gaul mixture sampai sebati. Jangan ganas sangat, kita tak nak banyak sangat udara masuk dalam mixture.
6. Masukkan dalam baking pan yang dah di sapu butter atau minyak.
7. Masuk oven 25-30 minutes. Jangan sampai terlebih masak. Itu penting.

Siap!


Pergh, aku rasa nak buat lagi la esok. Dah la sedap, senang pulak tu. Semua orang mesti try! Haha. And macam biasa lah. Color chocolate kita memang gelap semacam sebab guna dark chocolate. Tapi rasa tak pahit taw. Jangan lupa nasihat aku and sume orang, guna yang Dutch-processed.

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Thursday, February 10, 2011

Fish Pie

Hye! Salam semua.

Lamanya tak update blog. Adalah dalam 13 tahun setengah. Hehe. Buat lawak je. Eyh2, aku baru letak visitor count kat sebelah tu. Rasa macam tipu je figure dy. And also follower pun tak de la sebanyak tu. Tipu belaka. Anyways, hari tu aku masak fish pie. Resepi Jamie Oliver. And jadik! Yey! Sedap la. And healthy kalau korang tak letak cheese banyak2. Aku letak sikit je sbb aku tak suka rasa cheese yang aku beli tu. Salah beli la. Tak kesah la, tapi aku rasa macam better je kalaiu tak letak cheese. Up to you guys okay!

Ingredients: (2 people)

2 potatoes (Peel and cut into 4cm cube)
Black pepper and salt
Olive oil
2 carrot
Celery
1 Cili besar (I used cili padi instead)
Fresh parsley
2 fish fillet (I used tilapia)
6-10 prawns
Lemon (I didn't use lemon)
1 hand-full of Cheddar cheese

1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Rebus potato dalam air and letak garam sikit dalam air rebusan.
3. Sementara waktu, hiris carrot, cili and celery halus2. Kalau tak de grater, pakai pisau je.
4. Potong ikan and udang kecik2. Suka hati anda nak size macam mana. Jangan kecil sangat, takut tak rasa. Dalam 2cm thickness.
5. Masukkan semua bahan dalam bekas yang boleh masuk oven. Gaul rata. Masukkan lemon zest, jus lemon sikit, garam, pepper, cheese dan olive oil secukup rasa. Boleh la kalau nak masukkan sayur yang lain2 juga. Then gaul rata.
6. By the time, kentang mesti dah masak. Korang cucuk2 la tgk dah masak belum. Bila dah, toskan airnya. Masukkan dalam mangkuk lain.
7. Lenyek kentang guna pelenyek atau guna garfu je (ssh sikit la). Masukkan garam, pepper and olive oil secukup rasa.
8. Then, lapis semua bahan yang dah masuk bekas tadi dengan mashed potato. Jangan gaul, just lapis kat bahagian atas dy je.
9. Masuk oven for about 40-50 minutes. Sampai top dy mcm dah color coklat.

Okay siap. Leceh sikit la masak bnda ni. Banyak sgt benda kene buat. Tapi worth it la sebab sedap dan healthy. And also kenyang. Hehe.


Okay tu lah dy. Makan dengan ketchup sedap. Korang boleh tambah pape sayur kegemaran korg. Tapi aku tak sure la kangkong okay ke tak. Hehe.

Okay selamat mencuba and have a nice day!

AmeeraFatin=)

Friday, February 4, 2011

Cream Cheese Brownies

Hye, salam.

Brownies ni dah lama dah aku buat. Since before winter break lg. Tapi hari ni baru nak masukkan sebab sekarang ni tiba2 rasa nak makan. Ouh ye, saya kuat makan. Hehe. Senang je buat dy, macam brownies2 yg lain. Tapi yang resepi ni punya, memang lg sedap dari resepi yang lain. Lebih2 lagi kalau letak dalam fridge over night. Memang uumphh la. You guys should try it.

Aku dah tak ingt cmne aku ubah resepi dy. Tapi yang aku ingt instead of guna 4 ounces of chocolate, i used 2 ounces instead. It doesn't matter sebenarnye. I mean it does matter. Tapi kalau kat Malaysia mana nak guna ounce kan. Kira macam ni la. Kalau korang beli Cadbury size besar tu, 4 petak is around 1 ounce. Agak2 je. And one more, i used powdered sugar instead of granulated sugar. Granulated sugar tu gula yang korang buat masak. Dy lagi manis dari powdered sugar. Tapi brownies aku okay je aku rasa guna powdered sugar. Maybe sebab aku tak suka sangat manis kot. So aku nasihatkan korg ikut je resepi asal. Tapi brownies dy memang sedap, fudgy macam yang aku selalu suka.

Ni link dy,




Ouh sorry la sebab selekeh. Hehe.

Ouh tadi keluar makan kat Japanese restaurant. Makan sushi. Buffet plak tu. Bayangkan la. Memang banyak gila la aku makan. Sushi kot. Kalau nak beli kat KU, macam 6 je dah $5-$9. Mahal kan? Food sini memang mahal. Bankrupt den. Kalau macam 1 pinggan nasi beryani mangkuk kecil+ayam+sikit sayur+sup mangkuk kecil kat kedai pak arab tu pun dah $10. Tu tak termasuk tax and tips lagi. Adalah about RM30. Kalau makan beryani Batu Pahat tu, dapat 4 pinggan dah. Dah la banyak, murah lak tu. Okay now rindu nasi beryani. Tak pe, 4 bulan je lg.

Okay la, selamat mencuba ye. And aku recommend resepi ni.

AmeeraFatin=)

Wednesday, February 2, 2011

Mee Ayam (Jamur)

Salam. Hye!

Ape mee ayam (jamur)? Haha. Jamur adalah cendawan dalam bahasa Indonesia. Ni la mee Indonesia yang aku cakap tu. Betul kan jamur=cendawan=mushroom? Hope Google translate was right.

Satu hari aku pun melihat2 album makanan Uncle Firman. Tiba2 ternampak satu gambar makanan yang sangat menarik perhatian dan nafsu makan. Itulah dy, mee ayam. Then aku mintak la Uncle Firman resepi dy. And Uncle Firman bagi link Bankresep. And dalam blog tu, ade few resepi, aku pilih2 je. Aku tak guna mee yang sepatutnya, dah aku tak de kulit dim sum tu. Dan apa yang paling penting, aku tak pernah makan mee ni. So masa buat tu hentam je. Tapi hasilnye, jadik! (Pada firasat aku lah). Sebab semuanya sedap je. Especially ayam tu. Sedap banget sih. Dah la senang je nak buat. Okay, gambar yang tempting tu adalah seperti berikut,


Dan gamabr mee ayam aku plak adalah seperti berikut,


Haha! Amacam? Nak dekat sama tak? Haha. Apakah perbezaan ketara antara kedua2 gambar diatas? Jawapnnya adalah mangkuk saya penuh dengan sayur sawi. Haha. Sebab masa tu terlebih rebus. Makan jela.

Aku takut nak masukkan resepi, takut salah. Tapi aku masukkan jela resepi yang aku guna. Dari banyak2 resepi kat dalam blog Bankresep tu, aku campur adukkan resepi tu sume. Maaf ye.

Ingredients:

1 mangkuk sederhana spaghetti yang dah lembut
Sawi yang dah dicelur (dah direbus sampai masak)
Daun bawang yang dah dihiris

SUP
1 mangkuk kecil ayam yang dah di potong kecil
1 cube perasa ayam
3 ulas garlic
1cm halia
Black pepper
Garam

AYAM
1 mankuk sederhana ayam dada yang dipotong kecil
Kicap masin
Kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung (Corn starch)
4 ulas garlic
1cm halia
Garam, gula, perasa

SUP:
1. Rebus ayam sampai masak. Masukkan cube ayam, garam dan pepper secukup rasa.
2. Dalam pan kecil, tumis garlic dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Kemudian tuang kedalam sup ayam. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

AYAM:
1. Marinade ayam dengan kicap manis, kicap masin dan tepung jagung. Biarkan 10 minit.
2. Lepas 10 minit atau lebih, panaskan minyak. Tumis garlic dan halia sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam yang dah marinade tadi. Biarkan sampai ayam masak.
4. Jika ayam terlalu kering, masukkan sup ayam tadi sikit.
5. Perasakan dgn garam, gula dan black pepper jika ingin sedikit pedas. Atau tambah sedikit kicap.

Cara makan:

Masukkan mee dalam mangkuk. Tuangkan sup ayam. Letak ayam kicap dan sayur sawi ditepi. Taburkan dengan daun bawang. Masa nak makan, elok jugak digaulkan ayam kicap dan mee sekali. Ikut kegemaran anda.

Close up sket. Tu lah dy. Senang je buat dy. Kejap je aku masak. Senang dan sedap. Aku paling rekemen ayam kicap tu. Memang simple dan sangat sedap. Rasa dy ala2 sate ayam Indonesia. Korang boleh je buat and makan dengan nasik.

Siang tadi dari pagi2 sampai malam ade blizzard kat sini. Teruk sangat. Ni la gambar yang aku ambil from bilik.




Gambar atas tu masa pagi. Bawah tu masa petang2. Makin teruk. Tapi sekarang dah pukul 3.30am, dah stop dah. Nasib baik class semalam and hari ni cancel. Fuh!

And nak cakap pasal Egypt tu. Adik aku ada kat sana. Tapi nasib baik kerajaan dah hantar bantuan keselamatan ke sana. Memang banyak orang complaint sebab lambat. Tapi yeah, they know the best. Aku pun tak de la tau sangat, tapi tau la sikit2 after dah masuk class International Relations (Politics) last year. Nak masuk boundary negara lain, is not that easy. Banyak procedure yang perlu dilakukan. Sebab setiap negara ada sovereignty. Lebih kurang macam tercemar pulak kalau orang tiba2 masuk. Contohnya macam orang tiba2 masuk rumah kita, nak tumpang satu malam sebab kat rumah dy mak and ayah dy tengah gaduh. Atau isteri first tengah gaduh dgn istri number 2 mungkin? Hehe. Apa2 pun, semuanya hampir settle, hope tak de sebarang problem.

Okay, mahu tidur dulu. Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)