Saturday, January 29, 2011

Chocolate Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum. Hye!

Ouh, hari ni tak buat ape2 pun. Kecuali masak dan makan. Yang lain tu basically duduk sampai habis masa. Haha. Whatever. Okay, ni resepi chocolate chips cookies. Resepi asal guna white chocolate chips. Sebab baru lah cantikkan sebab cookies dy dah chocolate. Tapi aku tak de white chocolate chips. So hentam jela Mak Enon. Haha. Teringat zaman2 sekolah dulu aku ade sorg best friend ni, suka cakap Mak Enon. Rindu ah.

Resepi dy sejibik sejiban dengan website except, aku guna chcocolate chips and dark coco powder. But still yang Dutch-processed. People keep on giving tips to use the Dutch-processed coco powder because they taste better. I guess it's right. Kalau guna coco powder biasa2 tu, pahit sikit la.

Okay ni resepinya.




Haaa... Hitam manis gitu. Memang dark la. Tapi aku suka kot. Tapi kalau korang takut, jangan beli yang dark chocolate okay. Hehe.

Next recipe will be masakan Indonesia. Akan post malam nanti atau esok. Nantikan. Hehe. Bajet je.

Okay, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Friday, January 28, 2011

Tuna Spread

Hye Salam!

Ouh2, first of all, nak cakap yang saya ni orang Malaysia, dan memang suka Malaysian food. Tiba2. Hehe. Ari tu masa aku duduk rumah kak Aisyah, kak Aisyah ade bagi breakfast tuna spread yang macam ayam brand tu. Pastu aku rasa nak buat sendiri. So ari tu aku try la buat sendiri. Hentam je macam masak sardine. Pastu jadik! Sedap. Aku makan dengan Pringles sebab masa tu roti dah habis. Boleh tak? Boleh je. Pastu makan dengan biskut. Pastu semalam beli roti, dah nak habis pula. Siang tadi aku habiskan, makan dengan roti letak mayonis. Sedap gak. Kalau ada timun mesti sedap tu.

Ingredients: (Sesuaikan kuantiti bahan dengan kuantiti tuna anda)

Tuna chunks
Onion
Garlic
Salt and sugar
Chili paste
Sos (optional)

1. Tumis bawang merah and bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan chili paste/cili boh. Tumis sampai garing.
3. Masukkan tuna chunks. Kalau nak pedas, tambah sos cili padi ke, atau cili padi ke. Terpulang atas citarasa masing2.

Dah siap. Senang kan? Aku buat dalam 15 minit je masak.


Okay. Itulah dia. Untuk kehidupan seorang pelajar, memang bagus la ni. Untuk minum petang, atau lunch, atau breakfast. Semua la. Hehe. Aku simpan dalam fridge 5 hari tak rosak. Tapi aku sure dy tak tahan lama sangat. Don't worry, takkan tahan lama punya sebab mesti cepat habis.

Okay, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Monday, January 24, 2011

Mee Hailam 2

Hye! Salam.

Haha. Gelak sat. Kenapa Mee Hailam 2? Sebab aku salah buat. Haha. Lama kot dah tak masak mee hailam. Masa tu aku lupa, nak letak kicap or sos tiram ek? Pastu after aku dah letak sos tiram, dengan rajinnya aku pegi check balik resepi (rajin sangat, tak nak check awal2). Rupanya sepatutnya kicap. Dang it! So aku tambah jela kicap. But fortunately, it turns out great. So lepas ni kalau korang rasa nak letak sos tiram, boleh la letak sikit together with kicap okay! Ni resepi asal.


Senarai sayur yang aku letak ialah:

1. Carrot
2. Asparagus
3. Kentang
4. Sawi
5. Kobis
6. Daun bawang

Haa... Penuh periuk. Haha. But I like it that way. Aku suka mee hailam penuh sayur. Favorite tu.


Okay, ni salah satu cara nak makan sayur. Makan panas2 ni sodap. Lagi tengah sejuk macam ni kan. Letak lebih sikit black pepper bagi panas sikit. Hehe.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Thursday, January 20, 2011

Coffee Flavored Cake w/ Chocolate Glaze


Hye! Salam.

Kelmarin aku rasa nak makan kek sangat tapi bukan coklat kek la sebab macam asyik makan coklat je rasa. Nak try something different. So teringat kat rumah ada nescafe taw. So buat la kek perasa coffee.

1st aku searched coffee cake. Then keluar la resepi. Then masa aku tengah beat telur margerine and gula, baru aku perasan yang dalam resepi tu tak de guna coffee langsung. How come meh? Then aku google la ape dy coffee cake ni. Laa... Baru tau. Rupanya dy adalah kek kosong yang orang makan sambil minum air coffee.

Then aku terus carik resepi yang guna butter and gula and telur sama kuantiti macam yang aku dah guna tu. Seb bek jumpa. And the resepi was good. Boleh dapat kat blog One Perfect Bite. Kek sedap, lembut. Aku guna chocolate glaze instead of coffee frosting sebab aku rasa kalau double coffee macam too strong pulak rasa dy.

Ingredients:

CAKE

1/2 cup milk
1/3 cup nescafe
2 cups all-purpose flour
2 tsp baking powder
1/4 teaspoon salt
1 cup butter
1 tsp vanilla extract
1 cup granulated sugar (Instead of 1 1/2 cups)
3 large eggs (instead of 4)

1. Panaskan oven 350F atau 180C
2. Pukul butter dengan gula smpai sebati. Selepas itu, masukkan telur sebijik. Pukul kejap. Masuk lagi sebijik. Pukul lagi kejap, dan masukkan yang last. Pukul lagi smpai sebati. Masukkan vanilla extract. Pukul sikit.
3. Dalam periuk kecil, masukkan susu dan nescafe. Hidupkan api medium, kacau sampai sebati. Tutup api.
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung, garam, dan baking powder. Gaul2 rata.
5. Masukkan tepung sikit2 kedalam adunan kek tadi. Selang selikan dengan mixture nescafe susu tadi tu. Gaul sebati setiap kali anda masukkan mixture tepung dan mixture nescafe tu.
6. Masukkan adunan kek tu dalam pan kek yang dah di salut dengan butter dan sedikit tepung. Masukkan dalam oven for abou 45-55 minit.

CHOCOLATE GLAZE

1 tbsp butter
2 Oz chocolate bar
2 tbsp milk
3 tbsp powdered sugar

1. Hiris coklat bar halus2. Masuk dalam mangkuk yang microwavable. Masukkan butter, gula dan susu sekali.
2. Masuk microwave for 10-15 seconds.
3. Keluarkan mangkuk. Kacau mixture sampai semua chocolate larut.
Kalau ade double boiler, boleh guna double boiler.

Bila chocolate glaze dah siap, tuang je atas kek yang tengah panas lagi. Tapi keluarkan la dulu kek tu from pan dy tu. Kalau tak sabar nak tunggu glaze tu keras, boleh je makan terus. Hehe. Kalau sabar, tunggu la sejam ke.

Siap!



Itu lah dy. Ouh2, esok aku dah start Spring sem aku. Malas gak nak pegi class. Tapi 1st class mesti introduction je. And kejap2 je. Hopefully tak banyak buku yang kene beli.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Saturday, January 15, 2011

Shaghetti Melayu Ameera Fatin's Style

Heyho!

Salam guys. Ouh mood memasak dah datang hari ini. Hari ni je aku dah masak 2 benda. One of those is grilled asparagus. Hari tu masa kat rumah Ikhwan, kitorg tgk cerita ape entah kat tv then termasuk cerita pasal asparagus. So tiba2 rasa nak makan, so beli la ari tu. So tadi rasa nak makan sesuatu selain roti and biskut. So aku masuk oven je asparagus tu. Letak sikit garam, black pepper and bawang puith. Masuk oven for about 5 minutes. Okay, tadi aku makan cmtu je. For those yang tak berapa suka makan sayur, makan dengan sesuatu la contohnya nasi atau mee ke. Up to you guys okay!



Banyak weyh aku letak garlic. Tu sebab aku suka bawang putih. So kalau korang tak suka, letak sikit2 je k.

Okay, the 2nd dish is the spaghetti. Kenapa Ameera Fatin's style? Ceritanya begini. Aku macam rasa nak makan daging masak merah dari semalam. Kan dah cakap nak cari resepi daging kan? Tapi last2 tanya ibu. Oleh sebab aku ni bujang yang serba kekurangan, aku main hentam jela. Instead of guna tomato, aku guna ketchup. And instead of guna kayu manis, buah pelaga, cengkih and bunga lawang, aku guna je sup bunjut punya rempah tu. Aku ingat deorg bagi benda2 dalam tu seketul2. Rupanya dah pecah2kan. Memang tak la aku nak asingkan. Ingat macam dalam cerita Musang Berjanggut ke? Dah lapar gila dah masa tu, so aku masuk je beberapa cubit. Haha. Ketumbar sume ada. Then aku rasa terlebih letak halia jugak. But, who cares. Aku rasa okay je kot. Then masak2. Pastu macam tak rasa daging masak merah sangat. Rasa macam spaghetti sauce ade la. Haha!

So, sebab lapar, aku boiled some thin spaghetti, and makan dengan daging masak merah tu. Pergh... Sedap gak weyh. So, korg boleh la try kat rumah nanti. Hentam je masak daging masak merah macam yang korang rasa macam betul, then makan dengan spaghetti. Haha!


Yes, tu dia. Letak sikit dried parsley. Sedap gak. Hehe.

Okies, tu lah dy. Sebenarnya hari ni nak bake cake. Tapi apa kan daya, lupa nak beli telur. Apa la.

Okay la, tu je. Ouh, kawan2 aku yang nak exam tu, goodluck you guys! Musim exam ni memang tak de masa nak masak. But don't forget to eat. Makan jela pape. Kata bujang. Hehe.

Bubbye.

AmeeraFatin=)

Thursday, January 13, 2011

I'm back!

Salam,

Hye! Dah balik dah. Lama juga aku pergi kan? Alamak awkward la bila tulis bahasa baku. Tulis biasa2 jela ea. Hehe.

How're you guys doing? Cmne cuti? mesti ramai yang dah start sekolah. Aku start next week. Seb bek lama lagi. Hari tu aku pergi Tucson, Arizona. And from there aku and my 3 other friends went for a roadtrip to the southwest. It was awesome! Kitorg pergi White Sand National Park, San Antonio, Houston, Baton Rouge, New Orleans, Amarillo, Meteor Crater at Winslow, and the best and the most beautiful place, Grand Canyon. Sangat cantik. The weather was nice. But kalau kat Texas tu a bit sejuk la and Grand Canyon ade snow. Then on the way to Baton Rouge, Louisiana tu storm pulak dah. Aku drive kejap je sebab susah la. Everytime truck potong, abes aku tak nampak pape. Yang lain2, sangat nice. On the way tu banyak bukit batu, scenery dy sangat cantik. Aku memang rekemen la kalau korang plan nak buat roadtrip. Especially masa winter bila semua tempat sejuk macam Lawrence.

Okay oleh sebab ini blog masak2, aku tak nak cite banyak sangat pasal roadtrip. Nak cite pasal food. Masa kat tempat2 tu sume, most of the time kitorg makan maggi for breakfast, roti and chips when in the car, and fast food. Except masa kat Louisiana. Kitorg makan best sikit la. Makan seafood. Tapi memang best la. Masa first day tu kitorg jalan2 kat New Orleans, that night kitorg dinner kat 1 seafood restaurant ni. Dy dekat2 dengan French Market and Bourbon Street. Order grilled oyster, seafood plater and crawfish masak something. Aku lupa plak ape nama dy. But rasa memang sedap la.





The picture at the top is the restaurant. Kitorg duduk kat luar. Temperature sejuk gak macam aircond. Okay la kan. Tapi the dinner was marvelous la.

And then lupa nak cerita. Siang tu kitorg makan signature food kat Louisiana ni. Nama dy Beignet. Rasa macam cakoi+donut. Sedap la. Kitorg ada plan nak buat after roadtrip. Tapi tiba2 malas plak. Hehe.


Makan ngn gula halus. 3 ketul ni less than $3. Okay la. Ni kat Cafe Beignet. Popular gak cafe tu. Baru aku tau. Haha.

Then masa kat Tucson, rumah kawan2 aku, kitorg main masak2. Ni la hasilnye.

Pizza. Satu pakai Prego and satu lagi resepi Ikhwan guna kari. Yang kari tu sedap. Yang Prego tu rasa prego. Haha.

Daging burger. Sedap gak. Main hentam je letak semua benda yang macam logik. Tapi not bad. Boleh buat lagi ni.




Okay ni nama dy red velvet cake tapi tak cukup warna merah. So dy more tu chocolate cake with a bit touch of red velvet. Haha. Pastu frosting dy sedap tapi kitorg tak tau nak guna piping bag tu. Tersalah pasag pipe dy. Abes terkeluar banyak2 frosting dy. Haha. Pape pun sedap la. Tu yang penting kan? Hehe.

Then aku buat nasi beryani, lembik lagi. Then nak buat lepat pisang but tak jadik. So buat bingka pisang. Pastu kat rumah the girls, deorg ni masak sedap2 la. Suka tom yam Wani and Beryani Khaliza. Memang terbaik ah. Aku rasa rendah diri plak. Haha. Yela masak asyik fail je. Tapi pape pun, thanks to Khaliza, Wani, Husna, Ikhwan, Alif sebab bagi aku tumpang rumah and menyibuk la jugak for almost a month! Korang memang baik. =)

Oleh sebab dah nak dekat sebulan asyik makan je, balik2 rumah tiba2 rasa sangat malas nak masak. Haha. So blog akan di update as soon as perasaan nak memasak datang. Maybe esok atau lusa. Rasa mcm nak masak daging. Tengah carik resepi lagi. Stay tune okay. Thanks to those yang setia even though i'm not a good cooker. Hehe.

Okies dah panjang sangat ni penat nak baca. Aku faham ouh sebab aku pun tak suka baca blog panjang2. Bubbye!

Ameera Fatin=)

Grand Canyon, Arizona.