Thursday, May 20, 2010

Sambal Pecal @ Peanut Salad Dressing

Hye! Assalamualaikum. Makan apa hari ni? Hehe. Okay, hari ni aku masak simple gila. Sebab nak habiskan semua sayur dalam fridge tu. Sayur kan tak tahan lama kan. So aku tanya la ibu aku tadi apa lagi ek resipi sayur selain sayur goreng2. Then ibu aku cakap, buat la sambal pecal since kacang hancur aku ada lagi (dari yang apam balik tu. Hehe). And one more thing, before ni ada kawan suruh masukkan lagi resipi sayur banyak2. So ni salah satu la. Hee.

Ingredients:

A hand full of grind peanuts
1 - 1 1/2 tbsp of sugar
1 clove garlic
3 cili padi (bird's eye chili)
1/2 tbsp sweet soy sauce (Kicap manis. Kalau nak letak kicap masin, tak yah letak garam dah. Tapi kalau boleh kicap manis la ye)
Salt
Vegetables (Selalunya guna kangkong, timun, taugeh, etc. Tapi guna pape je pun boleh)

1. Celur sayur sampai masak. Jangan layu taw. Kalau timun tu tak payah celur. Letak garam sikit masa celur tu.
2. Tumbuk cili padi dan garlic sampai hancyr. Tak de lesung batu? Tak de masalah. Cincang je halus2. Hehe.
3. Campurkan bahan yang ditumbuk dalam kacang. Masukkan air panas suam sedikit. Jangan sampai berair sangat taw. Agak2 macam sambal sate tu je.
4. Masukkan gula dan garam. Lebihkan gula ya sebab sambal pecal ni memang manis. Garam tu agak2. Jangan terlebih. Aku letak secubit je.

Siap! Senang kan?

Cara makan dia, korang boleh campur semua sayur dengan sambal pecal atau colet2. Suka hati. And segenggam kacang ni dapat sikit je. Kalau nak buat banyak, gandakan la ye.


Ni la dia. Sayur tu aku celur banyak sangat. Tak habis pun semua. Tapi sambal pecal tu licin aku makan. Haha. Try la kalau rasa nak makan salad ke kan. Asyik makan dgn ranch je (Even though aku tau ranch tu memang sedap). Boleh la kalau nak tukar selera.

And lagi satu, boleh jugak kalau nak di jadikkan lauk masa makan tengahari or makan malam.

Okies, selamat mencuba ya. Bon Apetite!!

AF =)

Tuesday, May 18, 2010

Apam Balik @ Sweet Peanut Pancake

Hye all!! Rasa macam dah lama je tak post makanan2 yg best kan. Sekarang ni mcm malas sikit la nak masak. Hehe. Tapi hari ni aku buat apam balik sebab memang dah lama nak buat, just tak de bahan and masa je. Sekarang dah ade semuanya. Hee.

Ingredients:

2 cups of flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
a pinch of salt
1/4 - 1/2 cups of sugar
2/3 cups water
2/3 cups milk
1 egg
2 tbsp butter - melted

Filling :
Toasted peanuts - Coarsely grind
Sugar
Creamy Corn
Butter

1. Campur sume bahan kecuali filling. Gaul sampai tepung tak berketul2.
2. Simpan dalam fridge for about 2 hours. Less than 2 hours pon boleh je. Hehe.

3. After 2 jam, panaskan pan. Letak sedikit minyak masak. Api sederhana supaya tak cepat hangus.
4. Tuangkan campuran tadi dalam pan agak2 ketebalan yang anda mahukan.

5. Bila dah ada bnyak buih, boleh la letakkan bahan2 filling diatas apam balik tu. Lebihkan sedikit gula dan kacang. Letak sedikit sahaja butter dan jagung supaya tak melimpah keluar semasa nak lipat dua. Tapi, apa2 pun semuanya terpulang kepada anda.


6. Bila tepi2 apam balik dah tak melekat, boleh la jenguk belakang dia. Kalau dah macam coklat2, boleh lipat dua dan angkat. Kalau suka keras2, boleh la tunggu lama sikit. Tapi jangan sampai hangus taw.


Dah siap! Hehe. Senang kan? rasa dia tak la sama macam apam balik kat kedai apam balik tu. Tu aku rasa ada resipi rahsia tu. Ni boleh la kalau macam nak buat sendiri. Kat sini mana ada apam balik kan. Pancake ada la. Kalau macam korg nak buat pancake, guna je resipi ni. Lebih kurang je.


Kalau macam tak nak guna jagung, boleh juga guna chocolate rice atau pape je. Macam kat pasar malam buat tu. Haa. Ikut suka la. Haha.

Okay la, selamat mencuba!! Burrpp... Ooopss... Haha.

AF =)

Sunday, May 16, 2010

Cekodok Pisang @ Fried Mashed Banana

Halluu.... Semalam kitorang celebrate Phylice punya graduation at her place. Then aku bawa la 1 food. Fikir punya fikir, last2 decide nak masak cekodok pisang jela. Simple and sedap. Hehe.

Okay, here are some facts about banana:

Banana Nutrition Facts
  • A banana contains Vitamin C, potassium and dietary fiber.
  • Bananas do not contain sodium, fat or cholesterol.
  • The Vitamin C, which is found in bananas, helps the body to defend and heal against infections. This vitamin also proves valuable in the synthesis of the connective tissue, absorption of iron and the formation of blood.
  • Not only are bananas rich in vitamin C, they also contain potassium. Potassium is a mineral that helps in the building of muscles and protein synthesis. This is done as potassium stimulates nerve impulses for muscle contraction.
  • A diet rich in potassium is said to reduce the risk of hypertension and stroke. As bananas are free from sodium and very rich in potassium, they can be included in the diet to reduce the risk of high blood pressure.
  • Bananas contain three natural sugars, sucrose, fructose and glucose along with fiber. A banana thus gives an instant and substantial boost of energy.
  • A banana contains Vitamin B6, which helps in the synthesis of antibodies in the immune system apart from red blood formation, protein metabolism and functioning of the central nervous system.
  • No other fruit contain more digestible carbohydrates than bananas. This is advantageous because, the body burns off calories from carbohydrate more easily and quickly than calories from fat or protein.
Haa, bagus kan? So, cekodok pisang boleh la. Tapi cekodok pisang di goreng. So, tak tau la den. Hahaha.

Ingredients:

7 bananas (big size)
6 tbsp of sugar
1 1/2 cups Multipurpose flour

1. Potong pisang kecik2. Kemudian lenyek sampai hancur.

2. Campurkan dengan tepung dan gula. Gaul sebati. Jika masih lembik, masukkan tepung lagi sehingga agak kenyal. Agak2 la ye. Untuk gula pula, sekiranya kurang manis, tambah lagi. Sesiapa yang tak suka manis tidak perlu tambah atau boleh kurangkan jika mahu.

3. Panaskan minyak. Kemudian boleh la goreng sehingga menjadi warna coklat. Scoop pakai sudu sikit, kemudian masuk dalam minyak. (Dinasihatkan supaya guna sudu. Tapi terpulang kepada cara masing2)


Senangkan? 7 pisang ni boleh la dapat 1 container sederhana. Sedap kalau makan panas2, dan buat kecil2. Uish, sedap babe. Hehe. Try la nanti. Kalau macam pisang kat rumah tu macam dah lembik ke, tapi belum rosak lagi, sangat sesuai la kalau nak buat ni. Kalau pisang baru pon boleh jugak. Asalkan yg lembut. Jangan guna pisang keras pulak ye. Nanti susah nak hancurkan.

Sorry la. Lupa nak amek gambar. Bila dah nak habis baru sedar. Hehe.

Okay la, nak sambung tgk Adamaya. Haha. Bubbye!!

AF =)

Friday, May 14, 2010

Bubur Lambuk Seafood @ Seafood Porridge

Hey ho!! Hari ni aku ada 2 tetamu. Hehe. Nak tau siapa? Tak perlu la. Haha. And then aku tak tau nak masak apa. So tiba2 rasa nak makan bubur sebab macam dah lama tak masak bubur. So belek2 la resipi bubur. Tiba2 terjumpa resipi bubur lambuk. Wah, lama tak makan ni and tak pernah buat sendiri pun. So nak try la.


Haa, ni la dia. Nampak macam biasa je kan? Tapi rasa dia lain dari bubur biasa. Haha. Exaggerate pula. Lain la dari bubur yang biasa aku buat (kalau korang pernah rasa la bubur aku buat). Agak senang, tp leceh jugak sikit2.

Ingredients:

2 pieces of fish fillet
7 prawns (peeled)

1 shallot
2 garlics
1cm thick of ginger (agak2 je ye)
black/white pepper
shrimp paste (belacan)

2 cups of rice
2 lemon grass
2 cups of thick coconut milk

1. Rebus ikan, udang dan sedikit garam sehingga masak. Simpan air rebusan.
2. Masak nasi dengan menggunakan air rebusan tadi. Tambah lagi air jika kurang.
3. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, kisar bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (kalau malas cincang je halus2).
4. Kemudian kisar pula isi ikan dah udang yang dah di rebus tadi. Kisar kasar2.
5. Campurkan semua bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, udang dan ikan didalam mangkuk. Campur sekali black pepper dan belacan yang dah dihancurkan. Gaulkan.
6. Apabila nasi sudah hendak menjadi bubur (macam peribahasa pulak. Haha), Campurkan semua bahan yang dah di gaul tadi kedalam bubur nasi itu. Kacau sebati.
7. Biarkan sampai nasi dah hancur atau dah jadi bubur. Kemudian boleh la masukkan santan dan serai. Jangan lupa pecahkan bawah serai supaya jus dia keluar.
8. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!! Boleh tutup api. Jangan terlalu lama biarkan santan di dalam bubur takut berketul. Asalkan rasanya sudah mesra, tutup lah api tu. Okeng!

Leceh sikit la sebab kene rebus ikan dan udang dulu. Tapi berbaloi beb. Memang sedap. Kalau dah bosan asyik makan bubur ayam je, boleh la cuba buat bubur ikan ni pulak. Semuanya seafood, baik untuk membina otak yang cerdas. Hehe

Woah, penat hari ni. Mahu tidur sudah saya. Esok hari terakhir untuk semester ni. Ouh, akhirnya. Then aku nak rehat sepuas-puasnya. Haha.

Okay lah, ngantuk lah. Tidur dulu ye. Goodnight all!!

AF =)

Tuesday, May 11, 2010

Lepat Pisang @ Steamed Banana Cake

Hellooooo....

Assalamualaikum semua? Apa khabar? How're you doing? Ni hao ma? Haha. Happy sebab dah habis exam math siang tadi. Fuh. Susah jugak. Tapi okay la. Tengok jela result camne nanti.

Hari tu tiba-tiba teringat lepat pisang atok aku buat masa aku masih kanak-kanak ribena lagi. Tak ingat la ada kenduri apa masa tu. Tapi masa tu aku ingat, tu la lepat pisang paling sedap aku penah makan. Everytime teringat mesti rasa nak makan. And tiba-tiba hari tu teringat. Tu rasa nak buat tu. Hehe. Senang je buat dia. Lebih kurang macam cekodok pisang. Cuma ada tambah bahan lain sikit dan kene kukus. Haa, tu yang leceh sikit tu sebab aku tak de pengukus. Tapi guna cara lain. Okay la kot. Sesiapa yang tak de pengukus tapi nak try, boleh la try nanti. Aku ada attached kan gambar pengukus aku. Hehe.

Ingredients:

2 bananas (big size)
1/2 cup multipurpose flour
2 tbsp corn starch (Tepung jagung)
1/2 cup brown sugar/gula Melaka (I used powdered sugar instead because i have neither brown sugar nor gula melaka. And for those who don't like sweet food, can use 1/4 cup of sugar instead of 1/2 cup)
3 tbsp thick coconut milk
a pinch of salt
Daun pisang (Banana leaves)/Aluminium foil/A4 Paper and Plastic

1. Lenyek pisang guna fork sampai halus/hancur.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pisang yang dah di lenyek dan gaul sebati. Kalau terlalu lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit. Kalau terlalu keras, tambahkan santan sedikit. Agak2 macam nak buat cekodok pisang atau cucur.

3. Potong daun pisang petak-petak. Jika tiada daun pisang, potong kertas A4 kepada 2 bahagian dah lapiskan dengan plastik di bahagian bawahnya. Letakkan 1.5 sudu bahan keatasnya.

4. Lipat daun pisang/aluminium foil/kertas+plastic dari kedua-dua bahagian ketengah. Kemudian lipat bahagian atas dah bawah kebelakang seperti membungkus nasi lemak.

5. Letak diatas apa-apa bekas berlubang atau jaring atau oven punya jaring tu. Pandai2 la cari benda yang berlubang ye. Hehe. Didihkan air dalam periuk yang muat2 dengan jaring yang anda guna. Macam saya punya ni kecil. Muat 2 je.
6. Letak jaring tu atas periuk yang airnya dah mendidih dan kukus 20 minit atau sehingga masak. (Picit2 la pembungkus. Kalau macam dah keras2 tu dah masak la tu.)


Begitulah cara-caranya. Agak mudah kalau anda ada pengukus. Tapi untuk student atau orang bujang, boleh la buat mcm ni. Hehe. Rasanya tak la sesedap lepat pisang atok. Tapi kira okay la sementara tunggu nak balik Malaysia. Kalau guna gula Melaka lagi ummph kot.

Ni la hasilnya. =)

Nampak menyelerakan tak? Haha. Try la buat kat rumah. Masa penyediaan dalam 15 minit je. Selamat mencuba!

AF =)

Monday, May 10, 2010

Kek Batik Malaysia @ Malaysia Batik Cake


Hye all. Assalamualaikum. What's up? How are you guys doing? Lapar tak sekarang ni? Hehe. Penatnya study math dari pagi sampai malam. Makan pun entah ape2 je. Tak bagus tak bagus.

Tiba2 maghrib tadi aku rasa nak makan sesuatu yang chocolaty. Then terus pergi dapur buka la Animal Crackers. Biskut kegemaran aku tu kat sini. Rasa and tekstur dia macam biskut Marie juga la. And then terus macam rasa nak buat kek batik. Haa... Aku tau ni favorite ramai orang ni kan? Senang je buat dia. Semua bahan2 senang nak dapat, dan tidak memakan masa yang lama. Okay, ni resipinya.

Ingredients:

1 1/2 stick butter/margerine (kalau pakai buttercup tu agak2 dalam 3/4-1 bar)
3/4 cup milo/sweet chocolate powder (Dalam 2 packet milo instant)
1/4 cup coco powder (Kalau tak ada, boleh ganti dengan lagi satu milo instant)
1 egg
1 can evaporated milk (Aku guna Carnation)
1-3/4 cup powdered sugar (Kalau tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cup)

Animal Crackers/Biskut Marie/Any crackers with the same texture (Better kalau guna perasa natural instead of coffee or chocolate. Tapi hari ni aku guna chocolate sebab yang natural dah habis di makan)

1. Panaskan periuk guna api sederhana. Masukkan semua bahan kecuali biskut kedalam periuk. Kacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah memekat (dalam lebih kurang 15-20 minit), tutup api.
3. Hancurkan biskut kasar2 dan masukkan kedalam mixture tadi. Penuhkan mixture tu dengan biskut supaya padat.
4. Tuang ke dalam bekas/loyang/tupperware/mangkuk. Masuk dalam fridge for about 1 hour before makan.

Haa... Senang kan? Kalau macam dah tak sabar sangat nak makan, boleh la masuk freezer macam aku buat. Kejap je dah keras. Hehe. Boleh la hilang rindu dekat Malaysia. Tapi ada juga pelajar sini dah balik Malaysia for summer break. Ouh, besnya. Tak payah susah2 nak masak. Makan luar je pun okay. Murah dan sedap. Hehe. Best nye Malaysia. Macam2 ada. =)

Okay, selamat mencuba. Hantar la report bila dah try ye. Esok aku exam. Wish me luck!

AF =)


p/s: Ni baru lepas tuang dalam bekas. Belum keraskan lagi. Gambar di atas tu yang lepas punya.

Sunday, May 9, 2010

Frozen Grapes @ Anggur Beku

Resipi ni aku dapat dari Jamie Oliver's website. Masa jumpa tu tiba2 rasa macam pernah buat before ni. Haha. Okay, before ni aku buat guna rambutan. Tapi kat sini tak de rambutan, so guna grapes la. Simple and sedap. Kalau macam anda ada anggur kat rumah yang mcm dah nak kecut je tu, cepat2 la masuk freezer. Kalau baru beli trus masuk pun okay juga. Sedap kalau makan sambil study atau tengok movie. Mcm makan ice cream seposen. Hehe.

Ingredients:

Grapes/Peeled rambutan
Freezer

1. Masuk je grapes/rambutan yang dah dikupas tu dalam freezer. Bila dah keras boleh makan sebagai snack.

Ouh, selamat hari ibu. Kepada anak2 yang rasa nak masak sesuatu untuk ibu dia, tapi tak tahu nak masak apa, boleh la try resipi ni. Masa ibu awak tengah tengok berita, keluarkan lah air kopi and frozen grapes ni.

=)

5 Things That You Must Have in Your Kitchen (I mean my kitchen =^_^=)

Hey guys!! I'm not cooking today. Just re-heat the pizza that I took from Mrs. E's yesterday. (pemalas)

So today I think I want to share with you guys about 5 things that you must have in your kitchen so that even though you are so busy with your exams and projects, you will still get the balance nutrients and enough energy for the day.

(This is actually what I will buy for my kitchen every time I go to Walmart. And I don't actually know whether it is balance or not but I think it is better than instant pizza kot. Hehe)


1. Fruits. You can buy any fruits that you want. But if you don't have enough budgets to spend on an apple or a banana per day, you can just buy small fruits like grapes and eat just like 2 or 3 grapes per day. I understand that you want to save some money to go to Europe or Florida or Pulau Perhentian because I am also a student. Hehe.

2. Bread. Once again, bread is quite cheap and easy to eat. You can just eat it plain or with peanut butter or nutella or with jam. It is not only cheap and easy to prepare, bread also nutritious. It has carbohydrates, dietary fiber, proteins, and some other good nutrients for your health. (Is there any bad nutrients?? Hehe)

3. Vegetables. Okay. This one is quite hard. I know not all people like to eat vegetables and maybe half of you guys don’t like it. BUT vegetables are good and easy to prepare and it just take a short time to cook since we do not want too much lost of vitamins and nutrients from it. Practice yourself to eat more veggies. =)

4. Milk. Ouh, everybody knows this is important. You also can use milk to cook quite a few things. Hehe. Do not buy a big bottle of milk if you are not going to drink it frequently because milk expire so fast due to its ingredients which is the ideal “house” for yeast and bacteria. Hehe.

5. Snacks. Haa… I’m not that cruel. Do buy some snacks that you like. But don’t eat too much. Okies!


That’s all I can think for now. And once again, this is just my opinion. For those who want to do some groceries this week or are trying to change your eating habit, you can try this. Start with a small amount of each food because most of them expire early except snacks.

Have a nice weekday! And good luck for those who are going to have exams this week including me. Dang!

AF=)

Saturday, May 8, 2010

Sawi Jepun @ Bok Choi Oyster Sauce

Ouh, inilah salah satu sayur kegemaran. Susah nak cari kat sini. Tapi hari tu Aunty Aizan bawak aku and fira pergi asian market kat Kansas City. Banyak gila benda best. Heaven la shopping situ. Kan bagus kalau ada kat belakang apartment aku je. Hehe

Ingredient:
Sayur 3 pokok
1 tbsp Oyster sauce
2 garlic

1. Didihkan air. Celur sayur sampai masak (jangan sampai layu). Atur atas pinggan.
2. Hiris la garlic tu halus2.
3. Tumis garlic sampai kuning, then masukkan oyster sauce and sikit air.
4. Rasa la. Kalau kurang masin tambah garam, kalau kurang mnis tambah gula. Hati2 sebab oyster sauce kadang2 dah masin.
5. Tutup api, tuang kuah atas sayur td.

Haha. Tau tak kenapa aku gelak? Sebab tadi cakap nak sambung study. Tapi tak study pun lagi. Haha. Apa nak jadik la.

Okay, selamat mencuba!! Nak sambung study. Yela tu...



Muffin Coklat Pisang @ Banana Chocolate Muffin

Ouh, penat dah belajar seminggu non-stop. Balik dari kelas, terus bukak cabinet ambil roti 2 keping then terus ngap!! Tu jela basically makanan aku sepanjang minggu ni plus grapes dan biskut kering cecah air teh. =(

So, hari ni tiba-tiba teringat ada pisang dalam fridge. Gosh! Seminggu dah pisang tu. Nasib baik pisang kat sini jenis yang keras tu. So macam tahan lama sikit la. Then terus aku pergi website kegemaran MyResipi. hehe.

Lepas tu jumpa la resipi guna pisang yang sangat mudah dan sekejap je nak buat. Apa lagi, terus la buat. =)

Ingredients:
3/4 cup multipurpose flour
1/4 cup powdered sugar
2 tbsp coco powder
1 small tsp baking powder

2 bananas
1/4 cup milk
1 egg

1/4 cup margerine@butter (1/2 stick)
1 bar@ 1 oz baking chocolate (optional)

1. Lenyek banana guna fork sampai jadi macam nak buat cekodok pisang (hancur la senang cita)
2. Masukkan milk dan telur yang dah dipukul. Gaul rata.
3. Masukkan semua bahan kering (4 bahan pertama) dan gaul sampai sebati.
4. Cairkan mentega dah coklat dalam periuk kecil. Make sure api sederhana (3-4) supaya coklat tak hangus dah memahit. (ada ke word "memahit"?? hehe)
5. Bila dah cair, boleh la campur sekali dalam adunan tadi and kacau.
6. Masuk dalam paper cup/apa2 cup yang anda nak guna sampai 3/4 penuh. Sebab nanti dy kembang.
7. Masuk oven 25-30 minit, 350F atau 150C

Simple tak simple. Hehe. Kalau ada almond kat rumah, boleh la hiris2 and taburkan atas muffin before masuk oven. Atau kalau suka chocolate chips, pun boleh letak jugak. Ikut la creativity masing2 ye.

Ouh, selasa ada final exam calculus sempat lagi post resipi. ~_~
Apa nak jadi la Ameera Fatin ni. Huh! Can't wait for this sem to end...

Okay, bon apetite guys!! ;p